KISAH NABI SULAIMAN DAN SEEKOR SEMUT

Assalammualaikum semua!!...o-haiyogosaimas readers(betul tak aku eja??)hehehe

di pagi yang indah lagi nyaman diselangi dengan bunyi burung yang sedang menyanyi lagu kpop kat atas bumbung bilik aku pagi ni,aku kembali menjelma untuk mnulis entri..hehehe~pe hal burung nyanyi lgu kpop??~~aku kembali!! happy tak?? mesti ada yang melompat riang ala-ala kanak-kanak ribena bila tgok aku dah kembali mengetuk papan keyboard untuk tlis entri kan korang kan3?..hehehe..by the way,gracias kepada yang sudi baca entri yang aku post dan trimas jugak kat korang-korang yang sudi landing kat pondok buruk aku ni..

okey..nak mula dri mna dulu ekk?..hurmm,meyh aku update status aku dulu okey..seperti yang korang tak tahu selama ni,aku skarang dah sem akhir kat matrikulasi perlis lagi 2minggu aku nk final exam then lepas tu dah boleh angkut barang balik rumah..hurayy!! pastu aku akan jadi penanam anggur kat rumah,kalau ada rezeki boleh la smbung ijazah plak..insyallah!! doakan aku yep..

tadi waktu aku tengah kemas meja study aku yg beselerak tu,aku jmpa satu kisah nabi..so aku nk share la dengan korang..kisah ni pasal nabi sulaiman dengan sekor semut~tak kisah la semut api ke,air ke asalkan semut..aku pon tak tahu ni semut spesies apa..

dah nak start ni..ready ok!!

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa,apabila nabi Allah Sulaiman ternampak seekor semut melata di atas batu,lantas nabi Sulaiman merasa hairan bagaimana semut itu hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.beliau pon bertnya kepada semut itu : "wahai semut apakah engkau yakin ada makanan secukupnya untuk kamu hidup di sini?". Semut pon jawab : "aku percaya pada rezeki Allah'. lepas tu nabi Sulaiman tnya semut tu :"wahai semut,berapa banyakkah engkau makan? apakah yang engkau gemar makan? dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?". semut pon jawab :"aku hanya makan sebiji gandum sebulan". so,nabi Sulaiman bercadang untuk tolong semut tu memandangkan semut tu just makan sebiji gandum ja untk sebulan..

Nabi Sulaiman pon letak semut tu dengan sebiji gandum kat dalam satu bekas dan tinggalkan semut tu kat situ selama satu bulan. Bila cukup satu bulan beliau pon datang semula ke tempat tu. pastu nabi Sulaiman tengok semut tu just makan separuh ja gandum tu.Lalu nabi Sulaiman menemplak semut tu : "rupanya kamu berbohong pada aku! bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan,ini sudah sebulan tapi kamu hanya makan setengah saja".

Jawab semut : " aku tidak berbohong,kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apa pon sehingga sama banyaknya dengan sebiji gandum sebulan,kerana makanan itu aku cari dan rezeki itu dtang dari Allah,Allah tidak pernah lupa pda aku. tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup,rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tidak percaya pada kamu,sebab itulah aku cuma makan separuh saja supaya tahan dua bulan. aku takut kamu lupa untuk datang kepadaku pada bulan seterusnya".

Dari petikan cerita Nabi Sulaiman tu aku rasa korang dah tahu kan apa moral value dari cerita tu..
PERCAYA PADA REZEKI ALLAH..ni antara nilai murni yang paling ketara dalam cerita ni..kita mesti percaya dan yakin dengan rezeki yang allah bagi kat kita,tak kisah la rezeki tu banyak ataupun sikit yang penting kita bersyukur,barulah Allah akan ingat kat kita kalau kita selalu ingat dan yakin dengan Allah.

iklan kejap boleh..

pakcik semut yang garang..jangan marah saya tulis entri pasal pakcik..hehehehe


ehhhh...ni apasal plak ni?? lari tajuk daaaa...



 Apa pon aku harap korang akan sentiasa pegang dengan nlai murni yang kita bincang kat atas tadi okey..
rasanya smpai sini je okey..penat dah nk taip ni,sakit tengkuk aku dok mnaip huruf yang kecik-kecik ni..




1 comment: