Raya Datang Lagi...


Assalamualaikum & salam aidiladha....

Waaaaaaa....aku tak balik raya...huhuhu..raya di perantawan thun nih..hehe..
Tak pe pengalaman...

Ehem ehem...korang pe khabar??? Selamat berhari raya bersama kluarga yah!!!
Tengok tajuk kat atas tu..RAYA DATANG LAGI...
Raya pe Cik siti???
Ayoyo...raya haji maaa..

Korang tahu tak ada banyak kelebihan raya haji@ aidiladha nih...
Meh aku nk kongsi sikit klebihan raya haji dengan korang...

Pengenalan dulu yep..heeee


Hari Raya Aidiladha atau Raya Haji merupakan hari yg dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar dalam islam selain Aidilfitri yg disambut pd setiap 1 syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10,11,12 & 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pd malam 10 Zulhijjah, diikuti dgn solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pg 10 Zulhijjah...

Keistimewaan...

Aidiladha adalah perayaan yg istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t..
Selain itu,salah satu keistimewaan Aidiladha ialah ibadah korban. Ibadah korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijjah

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. 
Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri  akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Dah ada yg mengantuk ke tengok text ceramah aku??? hahaha..nih aku bagi halwa mata sikit..
menunggu masa untuk di korbankan..kasihan u..

beratur-beratur..yg rasa umur tu dh senja dok depan ya...BAIK!! (dengan nada sedih)
Hope raya korang tahun ni lebih bermakna dari tahun2 yg lepas okey...rasanya smpai sini ja kali nih,aku nk join member rumah aku makan maggi di pagi raya haji..hahahaha..sedih kan???



Kalau ada terkasar bahasa n terlebih tingkah laku harap dimaafkan..
weeeeee...bubye!!!!




No comments:

Post a Comment