FAKTA! FAKTA! FAKTA !!!!!


Assalamualaikum readers..

okey..hari ni kita cerita psal perkara yg fakta sahaja ye..not AUTA !!!


BADAN..

  • Otak menggunakan lebih daripada suku oksigen yang digunakan oleh badan manusia. 
  • Jantung anda berdegup kira-kira 100,000 kali sehari, 36,500,000 kali setahun dan lebih berbilion kali jika anda hidup lebih daripada 30 tahun. 
  • Sebelah kiri badan anda dikawal oleh sebelah kanan otak anda sementara yang sebelah kanan dikawal oleh sebelah kiri otak anda.
  • Bayi mengelipkan matanya hanya sekali atau dua kali seminit sementara orang dewasa berkelip mata dengan purata kira-kira 10 kali seminit. 
  • Nyamuk lebih cenderung untuk menghampiri perempuan daripada lelaki. Ini kerana nyamuk amat tertarik dengan bau estrogen iaitu hormon yang dihasilkan oleh perempuan. (patut la...)

TEKNOLOGI..

  •  Susunan QWERTY pada papan kekunci yang digunakan pada komputer telah dicipta pada tahun 1860an.
  •  Sebuah kereta menggunakan separuh daripada minyaknya untuk mengatasi rintangan angin sekiranya ia bergerak pada 80 kilometer sejam.
  •  Walaupun jam analog telah rosak, sekurang-kurangnya ia menunjukkan masa yang betul dua kali sehari.
  •  Permainan video pertama yang menggunakan duit syling telah diperkenalkan pada tahun 1970an dengan tajuk seperti ‘Computer Space’ dan ‘Pong’ yang menjadi masyhur itu.

owh..baru ku tahu..heeee

 
 bye...

No comments:

Post a Comment