Perjalanan yang berliku

Assalamualaikum semua *smile*

Okeh..
Setelah janji aku yg sebelum ni untuk mengupdate blog setiap hari setelah blog siap diubah suai tidak ditepati, makanya aku dah malas nak berjanji..hahaha

Kalau ada yang baca entri aku sebelum-sebelum ni, korang tau yang aku sedang menyambung pengajian ijazah aku dan masih lagi belum habis..hahaha

" bapak lama gila ko amik ijazah, asal tak habis-habis lagi? "

Well, the struggle to finish degree is real makcik joyah. Bukan aku nak cakap amik degree ni susah tahap dewa sampai kau tak boleh nak grad. No no. Aku cuma nak bagi tahu yg even kau asyik fail je paper kau setiap sem, tapi kalau Allah tuliskan takdir kau dapat grad on time mmg kau akan grad on time. Kalau dah tertulis kau akan extend semester, memang itulah yang akan berlaku even kau pelajar dekan setiap sem ( Eh..mcm mna tu? Aku pun tak tahu..)

Aku cuba sehabis mungkin untuk nak habiskan degree aku ni on time, tapi Allah punya perancangan lagi baik dari aku punya perancangan yg perasan hebat tu..haha

So..here i am. Masih mencari kekuatan nak menghabiskan sisa-sisa degree life aku yang terpanjang sikit dari kawan-kawan degree aku yang dah grad dengan jayanya. Tahniah untuk kawan-kawan aku *tepuk tangan*

Memang banyak cabaran dan liku sepanjang aku amik degree ni. Aku prnah merasa fail paper. Bukan satu, tapi lebih dari satu. Tapi alhamdulillah, masih punya kekuatan nak teruskan. Berkat doa org sekeliling dan mak jugak.

So..bagi korang yang tak kisah lah tgh sambung diploma ke, ijazah ke, master ke (macam tak layak je nak sebut..hahaha) teruskan perjuangan korang, walaupun kau tak dapat nak grad on time.

Goodluck untuk korang dan aku juga

Selamat Hari Raya 

No comments:

Post a Comment