KAU !!

Kau..
Ya engkau..
Si pencuri hati kecilku.

Saat pertama kali kita berjumpa,
Tak pernah  ku terfikir untuk punya apa-apa perasaan untuk kau.
Dan tak mungkin akan ada.

Tapi satu ketika yang tak disangka, hatiku ditusuk rasa aneh, dek kerana indahnya jari jemarimu memetik gitar 😍

Mulai saat itu, hatiku mula terpaut padamu.
Namun, ku tahu..
mana mungkin kita bersama, jadi ku padam rasa indah itu dari hati walaupun payah.

Hari demi hari berlalu, aku sudah terbiasa dengan ketiadaanmu dari fikiranku.
Ku fikir " Im done with you 😊"
Ku teruskan jalani hari-hariku tanpa rasa indah itu


TAKDIR..

Adakah ini takdir ? Kau dan aku dipertemukan semula..

Dan rasa yang dulunya ku pendam, sudah ku luahkan 💕😁

TAPI..

Aku binggung.
Sudah ku ungkap apa yang tersemai di hati, kau masi  ketawa!
Buat kesekian kalinya ku ungkapkan "AKU SUKA KAU!", kau masih ketawa!
'hint' demi 'hint' ku beri, kau masi ketawa!

Ku jadi binggung.
Adakah bahasaku sukar untuk difahami? Adakah hint-hintku sukar dirungkai?
Mungkin juga kau cuba mengelak?

Mungkin juga,
Kau dan aku,
ditakdirkan untuk sekadar KAWAN selamanya.

Mungkin,
Friendship lebih baik dari IN RELATIONSHIP

kan kawanku?

*Tapi aku masih ada secebis perasaan untuk kau 👉👈


1 comment: